CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 3, 2008

Baju Melayu vs Tuxedo

Apabila kita melihat masyarakat kita zaman sekarang ,kita sendiri boleh melihat perubahan.Perubahan dari segi baik mahupun buruk.Contohnya seperti ,penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa utama ketika ditemu duga .Ramai graduan dari pelbagai universiti tempatan tidak diterima bekerja di syarikat besar kerana tiada kefasihan berbicara dalam bahasa orang barat tersebut.

Tidak lupa juga pada pakaian.Pakaian turut memainkan peranan yang penting yang dapt melambangkan budaya dan bangsa.Perkara – perkara sebegini kita dapat lihat di majlis – majlis rasmi seperti kenduri kahwin .Pengantin tidak lagi mengenakan Baju Melayu songket dan Baju Kurung tetapi tuxedo dan gaun ala – ala Cinderella yang menutupi badan.Perkahwinan bukan lagi diadakan di masjid tetapi , ‘Garden Wedding’ yang menjadi pilihan.Kononnya mahu setaraf dengan selebriti – selebriti di Hollywood.

Pada pendapat saya , masyarakat melayu kini kurang mementingkan budaya dan bangsa.Oleh itu, tanamkanlah sikap rendah diri.Ingat asal usul kita!

Sekian,

Karya ditulis oleh farah_aj

0 comments: